KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, langkah meningkatkan sosio-ekonomi golongan miskin dan berpendapatan rendah, potongan cukai untuk pembayar cukai berpendapatan sederhana, memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menggalakkan pelaburan dan pelancongan adalah ramuan untuk Belanjawan 2023 yang seimbang.
"Terdapat juga cadangan cukai pengagihan semula dan progresif seperti kenaikan kadar cukai pembayar cukai berpendapatan lebih tinggi, cukai barangan mewah, cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham tidak tersenarai dan duti eksais ke atas produk vape, ditambah dengan pengukuhan tadbir urus dan keberkesanan perbelanjaan awam," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menyatakan bahawa belanjawan itu bukan hanya mengenai kemampanan fiskal jangka sederhana tetapi juga aspek yang lebih luas bagi kemampanan jangka panjang, termasuk melindungi biodiversiti, memelihara alam sekitar, menghijaukan ekonomi dan menangani perubahan iklim.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group Mohd Rashid Mohamad berkata Belanjawan 2023 akan meningkatkan momentum pemulihan ekonomi dengan penekanan kepada pembaharuan struktur bagi mengukuhkan daya tahan ekonomi, langkah untuk menyokong pertumbuhan PMKS dan sektor keutamaan ditambah dengan bantuan kepada kumpulan sasar.
Beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, belanjawan itu menyediakan sokongan yang amat diperlukan dalam menangani kos sara hidup yang tinggi, mengukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial serta mempertingkatkan ekosistem PMKS.
"Kerajaan kekal teguh dalam mengimbangi keperluan untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan negara sambil memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mampan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AMMB Holdings Bhd Datuk Sulaiman Mohd Tahir memuji gesaan kerajaan untuk mengukuhkan pembiayaan Islam yang akan memberi petanda baik kepada Malaysia sebagai hab pembiayaan Islam.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Mak Joon Nien berkata belanjawan itu telah disusun dengan baik, mengiktiraf keseimbangan disiplin fiskal dan mengekalkan momentum pertumbuhan pada 2023.
"Kami memuji pengurangan secara beransur-ansur perbelanjaan mengurus kepada RM289.1 bilion untuk mengukuhkan lagi kedudukan fiskal negara," katanya.
Beliau juga berkata inisiatif kerajaan bagi meringankan beban kewangan untuk 8.7 juta penerima manfaat daripada komuniti B40, dengan peruntukan hampir RM8 bilion akan memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan.
Belanjawan 2023 dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
KALKULATOR BELANJAWAN 2023
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Belanjawan 2023 menyediakan sokongan yang amat diperlukan dalam menangani kos sara hidup yang tinggi, mengukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial serta mempertingkatkan ekosistem PMKS. -Gambar hiasan
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.